Monday, July 27, 2009

Monday, July 6, 2009



Apabila cinta mula berputik di hati wanita, apakah yang diharapkan oleh mereka ini? Mahukan kekasih lelaki sekacak Brat Pitt? Kekasih yang setia? Kekasih yang penyayang? Kekasih yang romantis? atau kekasih yang bersikap pak lawak sebagai penghibur hati? Atau mahukan kekasihnya memiliki harta dan kuasa? Atau merangkumi semua yang dinyatakan?

Cinta itu buta? Itu umpamaan yang selalu diungkapkan dalam dunia bercinta. Cinta dan kasih sayang memang merupakan perkara yang tidak lari dalam hidup ini. Malah menjadi sesuatu yang indah dan lebih bermakna dalam diri seseorang apabila cinta dan kasih sayang itu lahir dari dua hati yang saling memerlukan. Bukan paksaan. Bagaimana perasaan cinta itu datang dan terhasil dengan sendirinya? Bagaimanalah pula cinta yang sebenar yang dilahirkan itu memberikan satu petanda bahawa si dia merasakan kamu mencintainya dengan setulus hati yang ikhlas. Perasaan sayang pada si dia akan terus bercambah dan menebal apabila kedua-dua kamu saling berkongsi naluri dan perasaan. Tetapi bukan itu semua mengcukupi. Banyak lagi yang perlu kamu ketahui kehendak makhluk yang bernama “WANITA”.

WANITA ini memang memerlukan PERHATIAN. Wanita sering mendambakan belaian dan perhatian dari kekasih hatinya. Memang kalau sudah sayang apa saja akan dilakukannya. Kononnya itulah yang selalunya diungkapkan oleh orang bercinta. Kalau tidak dimanjakan sepenuhnya, jangan lupa berikan sedikit perhatian. Jangan sampai si dia terasa hati pula. Macam-macam boleh jadi. Manalah tahukan, kamu ini lebih banyak memberikan masa kepada kerjaya dan aktiviti harian anda dan selalu meminggirkan wanita kesayangan anda terabai. Korbanlah sedikit demi perhubungan anda itu. Jangan lupa bertolak ansur dalam menangani segala yang berlaku dalam perhubungan kamu itu. dan Jangan lupa, kamu harus tahu tentang latar belakangnya juga untuk mengetahui sikap sebenarnya. Oleh kerana kamu ini insan yang dekat dengannya maka si dia akan menganggap dirimu itu sebagai tempat melepaskan kasih sayang dan bermanja. Jadi inilah masanya untuk kamu mengambil kesempatan untuk memenangi hatinya. Jangan pula kamu menanggapnya sebagai mengada-ngada. Tunjukkan sikap gentlemen kamu itu!!!!

WANITA inginkan pasangan SECOCOK dan SEPADAN. Memang menjadi setiap idaman wanita mahu mencari kekasih yang secocok dan sepadan dengan mereka. Secocok dan sepadan dari segi pendidikan, pemikiran malah merupakan bonus jika mendapat kekasih yang kacak!!! Biarpun kadangk ala ada yang mengatakan tidak mementingkan paras rupa da;am mencari teman hidup tetapi jauh di sudut hati, wanita sering berharap walaupun setidak sekacak Brat Pitt setidak-tidaknya biarlah yang sedap mata memandang!!! Bukannya apa, nanti hendak dibawa masuk ke dalam keluarga, hendak tunjuk pada saudara mara. Jadi, kenapa lelaki di luar sana jika paras anda biasa-biasa sahaja, jangan pula susah hati. Yang penting jaga penampilan agar sedap mata memandang!!! Biasanya pasangan yang mempunyai taraf pendidikan yang lebih kurang sama akan lebih memahami antara satu sama lain dan tidak menghadapi masalah untuk berkomunikasi. Saling mengerti dan saling memahami membuatkan cinta wanita kekal dan tidak mudah luput di hati. Ini juga memudahkan mereka untuk berinteraksi antara satu sama lain malah bangga wujud dalam diri jika ke mana sahaja pergi, ada yang memuji kemu merupakan pasangan ideal!!!!

WANITA
mahukan pasangan yang MEMAHAMI MASALAHNYA. Kadangkala apabila kamu tiada di sisi, si dia menelefon dan akan kedengaran suaranya tidak seperti biasa seperti orang sakit ataupun bermasalah. Jadi peranan kamu adalah bertanyakan mengapa suaranya begitu. Jangan pula kamu buat tidak tahu sahaja!!!! Tentu akan menambah sakit dihatinya. Mungkin dengan cara itu dia beranggapan anda akan faham situasinya. Memang betul, bukan mudah menjaga kekasih hati. Kalau tidak mengambil berat pun susah, ambik berat pun susah. Yelah kadangkala bila terlampau caring, si dia akan mengatakan bosan dan rimas pula!!! Bila tidak ambil tahu kata tidak sayang pula!!!. Jangan risau. Paling penting jangan kamu sakiti hatinya, jika dia marah-marah baik kamu lupakan si dia buat seketika. Bukannya bermakna kamu lemah tetapi sekadar menjaga hubungan kamu dengan si dia. Jika terpaksa atau kamu merasakan kesabaran kamu teruji, cubalah menegurnya dengan cara yang paling baik supaya tidak terguris hatinya. Manalah tahu si dia akan berubah. Yang perlu kamu tahu adalah bercinta memang banyak bermain dengan emosi. Jadi jika hendak melibatkan diri dengan dunia cinta, bersiap sedia dan sabarlah banyak-banyak, jika tidak lupakan sahaja!!!!

Wednesday, June 17, 2009

Untaian Rindu Buat Kekasih

Kusingkap tirai potret cinta
Kutatap sayu untaian rindu
Gelora jiwa meruntun hiba
Ingin selalu bersamamu

Sulaman kasih bertaut sayang
Gersang hatiku di danau kesepian
Belaian kasihmu melarik ingatan
Beradu di mahligai impian

Hapuskan sepiku di titian cintamu
Agar kuntuman rinduku
Bisa mengukir jambangan cintaku
Untuk kupersembahkan
Buatmu sayang...

Kalimah syahdu kudendangkan
Lantaran kutitipkan
Hembusan rindu di angin lalu
Mengertilah bisikan hatiku.

Jendela Sepi

Akrabnya tutur lidahku
Resah dijiwa kian terlerai
Ibarat keheningan malam sesudah taufan
Nun jauh di sudut hati
Aman di sanubari terubat sepi

Mekar sejambak kuntuman bibir
Enggan mengukir peristiwa silam
Lantaran sepi kuheret ketepi
Ingin mencari satu kepastian
Seri diwajah tersimpan seribu rahsia
Sinaran titisan air mata ternokhtah di tabir jendela jiwa
Aku pasrah pada ketentuanNya

Indah bicara tersusun kata
Derai ketawa pengubat hati yang lara
Akan kekalkah ia?
Yang pastinya amat kuselami
Undangan sepikan bertamu lagi di jendela hati.

Wednesday, June 10, 2009

ANTARA CINTA DAN SUKA

Di hadapan orang yang kita CINTA,hati kita akan berdegup kencang.
Tapi di depan orang yang kita SUKA,hati kita akan gembira.
Di depan orang yang kita CINTA,musim sentiasa berbunga-bunga…
Di depan orang yang kita SUKA,musim itu cuma berangin sahaja…

Jikalau kita lihat di dalam mata orang yang kita CINTA,
kita akan kaku…
Tapi jikalau kita melihat ke dalam mata orang yang kita SUKA,
kita akan tersenyum…

Di depan orang yang kita CINTA,lidah kelu untuk berkata-kata…
Di depan orang yang kita SUKA,lidah bebas berkata apa sahaja…
Di depan orang yang kita CINTA,kita menjadi malu…
Di depan orang yang kita SUKA,kita akan tunjukkan imej yang sebenar…

Kita tidak boleh merenung mata orang yang kita CINTA…
Tapi kita selalu merenung mata orang yang kita SUKA…
Bila orang yang kita CINTA menangis,kita akan turut menangis…
Bila orang yang kita SUKA menangis,kita akan turut membuat dia gembira…

Perasaan CINTA bermula dari mata,
Perasaan SUKA bermula dari telinga…

Jadi,
jikalau kita berhenti menyukai seseorang yang kita SUKA…
Umpama kita membuang telinga kita
Tapi jika kita cuba menutup mata…
CINTA berbuah menjadi airmata.

Bila berjauhan dengan orang yang kita CINTA,
hati sentiasa ingat dan dekat..
Bila berjauhan dengan orang yang kita SUKA…..
kadang kala ingat, kadang kala lupa, malah tak ingat langsung pun dia!


Setiap orang akan mengalami perasaan ini dalam hidup mereka,
Cuma fikirkanlah bersama-sama.


Siapa yang kita CINTA ?
Siapa yang kita SUKA ?

Malaikatmu...

Suatu hari seorang bayi siap untuk dilahirkan ke dunia...

Dia bertanya kepada Tuhan : "Para malaikat disini mengatakan bahawa besok Engkau akan mengirimkan saya kedunia, tetapi bagaimana cara saya hidup disana; saya begitu kecil dan lemah ?"

Dan Tuhan menjawab: "Aku telah memilih satu malaikat untukmu. Ia akan menjaga dan mengasihimu ."

Bayi bertanya lagi: "Tetapi disini; didalam syurga ini, apa yang saya lakukan hanyalah bernyanyi, bermain dan tertawa...Inikan sudah cukup bagi saya untuk berbahagia."

"Malaikatmu akan bernyanyi dan tersenyum untukmu setiap hari. Dan kamu akan merasakan kehangatan cintanya dan menjadi lebih berbahagia"

"Dan bagaimana bisa saya mengerti disaat orang-orang berbicara kepada saya jika saya tidak mengerti bahasa mereka ?"

"Malaikatmu akan berbicara kepadamu dengan bahasa yang paling indah yang pernah kamu dengar; dan dengan penuh kesabaran dan perhatian. Dia akan mengajar kepadamu cara berbicara."

"Dan apa yang akan saya lakukan saat saya ingin berbicara kepadaMu ?"

"Malaikatmu akan mengajarkan bagaimana cara kamu berdoa"

"Saya mendengar bahawa di Bumi banyak orang jahat. Siapa yang akan melindungi saya ?

"Malaikatmu akan melindungimu; walaupun hal tersebut mungkin akan mengancam jiwanya"
"Tapi, saya pasti akan merasa sedih kerana tidak melihatMu lagi"

"Malaikatmu akan menceritakan kepadamu tentang Aku, dan akan mengajarkan bagaimana agar kamu bisa kembali kepadaKu; walaupun sesungguhnya Aku akan sentiasa disisimu"

Disaat itu, Syurga begitu tenang dan heningnya sehingga suara dari Bumi dapat terdengar, dan sang bayi bertanya perlahan

"Tuhan, jika saya harus pergi sekarang, bisakah Kamu memberitahuku nama malaikat tersebut ?"

"Kamu akan memanggil malaikatmu itu: "IBU"


Ingatlah sentiasa kasih sayang dan pengorbanan ibu. Berbakti, berdoa dan cintailah dia sepanjang masa..... Dialah satu2nya harta yang tiada galang gantinya dunia akhirat....

Dan untuk para ibu, ingatlah kisah ini dikala kamu hilang sabar dengan karenah anak-anak yang sedang membesar...sesungguhnya Syurga itu dibawah telapak kakimu...




nota kaki :

Sucikanlah 4 hal dengan 4 perkara :

1) Wajahmu dengan linangan air mata keinsafan,
2) Lidahmu basah dengan berzikir kepada Penciptamu,
3) Hatimu takut dan gementar kepada kehebatan Rabbmu, dan dosa-dosa yang silam
4) Di sulami dengan taubat kepada Dzat yang Memiliki mu."

Tenang dalam Komplikasi

Saat hidup terasa penuh dan sempit dengan segalanya, dan saat mata di sekat dengan tembok dinding batu yang mengganggu penglihatan menuju ruang angkasa dunia, juga saat udara sekeliling menjadi sejuk biru menyatu bersama debu kota seribu menara. Diri sendiri di dalamnya terasa begitu kosong dan tidak bersuara sepatah kata. Mengintai peluang mengingati mu dalam setiap sedutan nafas kehidupan ku adalah suatu anugerah yang amat berharga dalam hidup ku ketika itu..

Manusia kalau di imbas kembali kepada lumrah kehidupannya, pasti ada satu waktu dan ketika mereka rasakan pada diri masing-masing sangat "lost"

Minggu-minggu yang datang bertamu di ruang hidup ini menyedarkan ku akan bait kata-kata seorang pemikir agung tentang goncangan hidup dunia realiti. Katanya “ketenangan dan kebahagiaan itu adalah hembusan dari langit, di turunkan ke lubuk hati orang beriman, dan mereka tetap berhati teguh di kala orang lain dalam kegoncangan”. Sangat menusuk ke dalam lubuk hitam jiwa. Terasa diri sendiri begitu jauh dengan perumpamaan yang di lakarkan..

"tetap berhati teguh di kala orang lain dalam kegoncangan" (kenyataan kontra untuk mentafsir diri sendiri)

Kamu di dunia sana pasti ingin melihat orang-orang kesayangan mu berdiri teguh dengan cerita hidup mu. Kamu pasti inginkan mereka mendukung mu sedaya mampu. Ketahuilah, diri ini akan sentiasa berdiri teguh dengan setiap jalan cerita hidup mu itu. Aku memang tidak mampu untuk mendamaikan hati mu selalu, aku juga tidak mampu untuk mengesat air jernih mata mu yang jatuh membasahi pipi mulus mu. Aku sedar aku ini manusia biasa-biasa. Wujud ku tidak menggetarkan hati sesiapa. Tempat ku hanya sebagai pemuja mu yang mengintai kisah hidup mu dari tabir alam khayalan masa ku.Cuma itu..

Untuk mu selamanya, dan itu adalah aku.. (Sedaya Upaya)

Tawakal

Benar. Tuhan telah memberi jalur dan warna tertentu untuk setiap manusia. Dia yang Maha Esa telah mencipta bumi, langit, syurga, bintang-bintang, bulan dan hujan. Tuhan juga yang mencipta manusia. Memberi akal dan deria rasa untuk memahami keadaan semua perkara..

Manusia itu tidak berada di dunia dengan tiba-tiba, tidak tumbuh bersama pokok-pokok dan makhluk aneh sebelum mereka. Sebagai manusia(hamba) mereka pasti akan di duga, di beri bahagia, di acuh luka rasa kecewa, dan di beri peta. Terkadang ada bahagian yang boleh di lakar. Selalunya ada bahagian cuma di rencanakan ke hadapan mendahului masa realiti mereka, dan Dia Tuhan yang lebih menentukan..

Peta itu ada sudut sudah di gores, dan ada bucu masih kosong menanti masa untuk di lukis. Benarlah, Tuhan selalu punya rahsia...

Sehingga tiba waktu itu
, baru terhantuk sedar dan menyesal dengan segalanya...

SANG PELANGI...


Aku mahu jadi seperti sang pelangi di atas sana, di pandang sepi dan sendiri. Wujud selepas berakhirnya hujan duka, lalu membentuk jalur jambatan cahaya sakti di siang hari. Menghiburkan hati manusia yang duka lara akan limpahan air mata sebentar tadi. Terus-menerus kekal tersenyum sehinggalah terik suria membaham makar saktinya dan membawa bersamanya spektrum tujuh cahaya itu terbang semula mengikut detik waktu yang terus berjalan rata..

Sang pelangi pasti akan melarut bersama memori indah dalam sisa waktu yang sempat untuk menghargai dan di hargai..

Maha suci Allah untuk segala-galanya.. (ketentuan).

Tuesday, June 9, 2009

Saya No-8
Kalau anda dilahirkan pada 1Hb, 10Hb, 19Hb, 28Hb dalam mana-mana bulan,
anda adalah no.1

Kalau anda dilahirkan pada 2Hb, 11Hb, 20Hb, 29Hb dalam mana-mana bulan,
anda adalah no.2

Kalau anda dilahirkan pada 3Hb, 12Hb, 21Hb, 30Hb dalam mana-mana bulan,
anda adalah no.3

Kalau anda dilahirkan pada 4Hb, 13Hb, 22Hb, 31Hb dalam mana-mana bulan,
anda adalah no.4

Kalau anda dilahirkan pada 5Hb, 14Hb, 23Hb dalam mana-mana bulan,
anda adalah no.5

Kalau anda dilahirkan pada 6Hb, 15Hb, 24Hb dalam mana-mana bulan,
anda adalah no..6

Kalau anda dilahirkan pada 7Hb, 16Hb, 25Hb dalam mana-mana bulan,
anda adalah no.7

Kalau anda dilahirkan pada 8Hb, 17Hb, 26Hb dalam mana-mana bulan,
anda adalah no.8

Kalau anda dilahirkan pada 9Hb, 18Hb, 27Hb dalam mana-mana bulan,
anda adalah no.9

no.1
----
Anda sangat cerdik, jujur, lucu, degil, rajin, terus-terang, cemburu dalam asas pertandingan, baik hati, peramah dan autoriti. Anda ingin mendahului dalam apa jua keadaan. Anda seorang yang berdikari, berkeyakinan dan tidak pernah berada di bawah pimpinan orang lain. Anda akan bercinta dalam usia yang muda tapi akan berkahwin pada usia yang matang. Anda tidak suka akan orang yang bertentangan pendapat dengan anda. Malah anda juga menyimpan dendam dengan orang yang bersalah dengan anda. Anda seorang yang kuat belanja. Pada masa hadapan anda adalah professional dalam kerjaya yang anda ceburi. Namun terdapat juga orang yang kecil hati dengan pencapaian anda. Anda mempunyai keluarga yang bahagia. Pasangan ideal anda adalah no.4, 6, 8.

no.2
----
Tak kira apa pun, anda akan disukai oleh semua orang kerana anda berperanankan Bulan dan semua orang suka akan bulan. Em...bagus! Anda suka bermimpi siang. Anda kurang berkeyakinan terhadap diri sendiri. Jadi and perlu membuat perubahan ke atas hidup anda. Anda adalah seorang yang sukar diramal kerana anda membuat perubahan berdasarkan masa dan keadaan. Anda juga seorang yang mementingkan diri sendiri tetapi and mempunyai bakat dalam muzikal, seni dan komunikasi lisan. Sikap anda seperti bulan yang datang keredupan dan pudar jadi semua orang boleh mengetahui perubahan anda. Anda boleh menjadi Mahatma Gandhi yang kedua kerana cinta akan keamanan. Anda juga seorang yang bertanggungjawab dalam keluarga. Pasangan ideal anda adalah no.2, 5, 9.

no.3
----
Anda adalah seorang yang berhati keras, pentingkan diri sendiri, kuat agama dan suka untuk mempertingkatkan kehidupan sendiri. Anda mempunyai masalah keluarga dan anda dapat mengharungi dengan kesabaran anda. Anda sangat pandai bercakap, wajah yang cantik, jadi ke mana saja anda pergi anda akan dapat apa yang anda inginkan. Daripada hari lahir anda, anda perlu berkerja keras untuk berjaya. Anda juga seorang yang menghormati orang yang lebih tua daripada anda. Bukannya senang nak menjalinkan hubungan sama ada percintaan, kekeluargaan atau persahabatan. Sekiranya anda suka akan sikap seseorang itu, maka hubungan itu akan berpanjangan. Anda suka akan kebebasan, pencipta di mana ada anda akan membawa harapan, kegembiraan dan keceriaan ke dunia ini. Pasangan ideal anda adalah no.6, 9.

no.4
----
Anda adalah seorang yang amat degil dan rajin. Mungkin anda akan menjauhkan orang lain daripada anda kerana kata-kata anda. Anda seorang yang bertimbang rasa akan masalah orang lain. Anda berbakat dalam penyelidikan dan seni. Anda akan membantu ahli keluarga atau kawan-kawan yang menghadapi masalah tanpa berfikir panjang. Anda kena berhati-hati dengan orang sekeliling anda kerana mereka mungkin akan mempergunakan anda. Kawan-kawan anda akan menghabiskan masa dan wang ringgit anda dan selepas itu menjauhi daripada anda apabila anda dah tak ada nilai buat mereka lagi. Walau bagaimanapun anda tetap seorang yang sabar dan tegas. Pasangan ideal anda adalah no.1, 8.

no.5
----
Anda sangat popular dalam komuniti. Anda boleh menyelesaikan sesuatu perkara hanya secara lisan. Anda mempunyai akal fikiran dalam menjalani perniagaan. Namun anda terlalu terburu-buru. Anda adalah seorang yang humor di kalangan kawan-kawan dan ahli keluarga. Kawan-kawan dan ahli keluarga anda juga akan minta bantuan anda apabila mereka memerlukan bantuan. Anda bukan seorang yang setia dalam hubungan percintaan. Anda suka perubahan dan kebebasan. Anda mempunyai ciri-ciri seorang pengembara dan ahli silap mata. Anda mempelajari hidup melalui pengalaman. Pasangan ideal anda adalah no.1 , 2, 9.

no.6
----
Anda dilahirkan untuk menikmati hidup ini. Anda tidak pedulikan apa-apa perkara dan hanya ingin berseronok dalam hidup anda saja. Anda sangat pandai dalam pelajaran dan pengurusan perniagaan. Anda seorang genius, baik hati (tapi hanya orang yang beranggapan anda orang baik), mempunyai paras rupa yang cantik atau kacak. Semua benda yang baik akan datang pada anda. Anda mengambil berat ke atas ahli keluarga dan kawan-kawan anda. Pada pandangan mereka, anda adalah seorang yang murah hati, peramah, adil saksama dan mempunyai penilaian yang tajam. Pasangan ideal anda adalah no.1, 3, 9.

no.7
----
Anda mempunyai daya tarikan kepada sesiapa saja. Anda adalah seorang yang realistik, yakin, gembira dan merupakan seorang yang genius dalam bidang pendidikan, muzik, seni dan nyanyian. Anda mempunyai masalah sikap iaitu panas baran. Namun demikian, anda banyak melakukan pengorbanan untuk keluarga. Anda meletakkan keluarga di tempat yang amat tinggi sekali sehingga kadang-kadang mengabaikan kebahagian diri sendiri. Anda telah dilahirkan untuk memberi sumbangan kepada dunia ini. Jadi anda seorang yang bagus dan seorang yang amat gembira. Pasangan ideal anda adalah no.2.

no.8
----
Anda mempunyai personaliti yang sangat kuat jadi tak ada orang yang memahami anda. Kepakaran anda hanyalah menuding jari pada sesuatu benda. Anda juga mengalami pelbagai dugaan dalam hidup. Semua masalah ini telah menjadikan anda lebih kuat dan tabah. Anda memperjuangkan keadilan. Kebanyakan masa anda telah dihabiskan bersama-sama dengan kawan-kawan. Anda seorang yang disiplin dalam hidup, tidak putus asa dan berani. Faktor-faktor ini telah membawa anda ke puncak kejayaan. Anda juga adalah seorang ahli pasukan, keluarga dan pejuang yang sangat bagus. Pasangan ideal anda adalah no.1, 4.

no.9
----
Anda adalah seorang yang sangat tabah dari segi fizikal dan juga mental. Anda mempunyai penilaian yang sangat tajam. Anda juga adalah seorang yang sangat dihormati dalam komuniti. Anda adalah orang yang boleh menerima cabaran dan berjaya dalam apa jua yang anda buat. Pada usia yang muda anda selalu bertentangan dengan ibu bapa anda. Tapi apabila usia anda telah semakin meningkat anda adalah seorang anak yang taat dan hormati mereka. Anda sesuai menceburi bigan kejuruteraan atau perbankan kerana orang lain percaya dan yakin akan anda. Anda merupakan model teladan kepada orang lain. Pasangan ideal anda adalah no. 3, 5, 6.

p/s: anda no bape? post kat komen...macey!

Belajar hargai pengorbanan…


Mengapa sebuah penyapu lidi begitu murah harganya? Begitu murahnya sampai-sampai jauh lebih murah daripada seteguk air penghilang dahaga.

Padahal, apakah Anda tahu, bahan dasar lidi itu harus dipetik dari pepohonan kelapa yang ditanam di dusun-dusun jauh di pedalaman. Harus diraut, dihaluskan, diikat kuat agar mudah digunakan dan tak melukai tangan yang menggunakannya.

Ia harus diangkut oleh kenderaan, melewati pasar dan naik turun timbangan penawaran. Kerana, ia dipetik oleh tangan-tangan kecil yang tak menuntut banyak upah.

Ia dijalin oleh perempuan-perempuan yang tak menghitung laba rugi. Ia juga dipikul oleh bahu-bahu para lelaki yang tak terlalu mengerti transaksi jual beli.

Sebatang sapu lidi itu begitu murah sampai di tangan kita, kerana orang-orang itu tak menghitung jerih perih kerjanya. Mereka pun tak menghitung berapa banyak butir-butir keringatnya yang telah jatuh membasahi tubuhnya.

Mari kita sadari bahwa di balik kemurahan dan kemudahan yang kita terima sekarang ini, terselit pengorbanan patut kita hargai dan renungkan…
Blog Widget by LinkWithin